Thursday 27 August 2009

Ramadhan Karim

Alhamdulillah dapat bertemu bulan Ramadhan yang ke25 untuk saye.Moga Ramadhan kali ini penuh bermakna dalam hidup.Mungkin ramadhan kali ni adalah yang terakhir di Mesir.InsyaAllah...

"Wahai orang2yg beriman dituntut ke atas kamu berpuasa sepertimana orang2terdahulu.Supaya kamu digolongkan di kalangan orang2 yang bertaqwa
Siapa orang yang bertaqwa itu?
1.Mereka yang beriman kepada yang ghaib
2.Melaksanakan solat
3.Infakkan rezki ke jalan Allah
4.Mereka yang beriman kepada Al-Quran
5.Yakin akan adanya akhirat

Orang-orang inilah yang mendapat petunjuk dari Allah dan mereka menjadi orang-orang yang beruntung iaitu orang BERTAQWA.

Puasa merupakan pusat latihan,madrasah,universiti untuk kita umat Islam.Kerana dengan berpuasa kita melatih dan mendidik jiwa dan nafsu.Puasa juga merupakan pakej yang Allah s.w.t bagi pada kita,jadi rebutlah diskaun dan pakej yang ditawarkan oleh Allah s.w.t kepada kita.Sepertimana kita berebut-rebut membeli barang-barang yang ada diskaun di mana-mana supermarket...malah lebih lagi kerana ia ditawarkan oleh Allah s.w.t.

Tapi,sayang sekali kerana tidak ramai yang mengambil peluang keemasan ini.Mungkin mereka tidak nampak ganjaran di depan mata.Moga kita tidak digolongkan di kalangan orang begitu.Jadikan ramadhan ini tempat latihan kita mendidik nafsu.Berubah kepada yang lebih baik.Ramadhan ini seperti dulu...tetapi pastikan natijahnya berbeza berbanding sebelumnya.Moga Allah s.w.t thabatkan hati kita dalam mengejar redhoNya...Banyakkan sedekah,banyakkan ibadah-ibadah sunat.Carilah peluang yang ada.
Binalah bi'ah solehah di rumah kita...supaya kita sama-sama dapat mengajak sahabat kita yang lain.
Ramadhan kali ni,kami di sini dihidangkan dengan kelas tafaquh Sheikh Nuruddin di rumah kedah baru.Jangan lepaskan peluang ini kerana ia juga adalah satu ibadah.
Ramadhan juga dapat merapatkan ukhuwah antara kita.Alhamdulillah,adik-adik Rumah Negeri Sembilan sudi datang di teratak bukhori ni...Walaupun hidangan kami tak seberapa...Jemputlah datang teratak kami ye...k.setakat ni dulu.

Thursday 13 August 2009

Peranan Ilmu

Ilmu adalah asas segala amalan dan imam segala amalan serta sesuatu yang membaikkan segala amalan kita.Tiadalah faedah sesuatu ilmu itu tanpa amal yang disertai dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.Seterusnya tidak bermanfaat sesuatu amalan itu dengan tiadanya ilmu.Maka ilmu dan amal adalah pasangan kembar yang tidak boleh dipisahkan.Banyak kelebihan ilmu yang telah dinyatakan dalam

Al-Quran.*

قال تعالى“قل هل يستوىالذين يعلمون والذين لايعلمون ”

الزمر:9

Ilmu itu umpama nur sepertimana yang dikatakan dalam nasihat Imam Waqi’ kepada Imam Syafie yang mana nur tidak dapat menembusi hati yang membuat dosa.

شكوت الى وكيع عن سؤ حفظي فأرشدني الى ترك المعاصى فأخبرنى بان العلم نور ونور اللة لا يهدى للعاصى

Tiada dapat tidak,kita perlu tajdidkan niat menuntut ilmu,adakah untuk mengejar pangkat mumtaz?Adakah untuk mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t dan sebagai bekalan di akhirat?atau apa sahaja persoalan..Moga kita digolongkan daripada golongan Al-Muflihun iaitu untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengharapkan redha dan hidayah dariNya semata-mata.Maka,semakin banyak ilmu kita semakin dekat kita dengan Allah s,w,t,seterusnya semakin jauh kita meninggalkan maksiat.Oleh itu,dalam menuntut ilmu,kita harus sungguh-sungguh menjauhkan diri daripada perkara maksiat.lebih-lebih lagi penyakit hati yang kadang-kadang kita tidak perasan akan kehadirannya

Menurut kata Dr.Yusof Al-Qardawi,maksiat itu merupakan punca kegagalan dan musnahnya kehidupan seorang syabab muslim.Sesungguhnya maksiat yang dilakukan oleh manusia itu lebih bahaya daripada sekumpulan musang.Sama-sama kita beringat,ilmu itu milik Allah.Cuba bayangkan,ketika kita menuntut ilmu Allah s.w.t dan dalam masa yang sama kita masih melakukan perkara-perkara dosa malah banyak beralasan dan masih ingin sembunyikan perkara kebenaran.Nau’zubillah…

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Sungguh,orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keerangan dan petunjuk,setelah kami jelaskan kepada manusia dalam Al-Quran,mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat” Al-Baqarah : 159

Saya berminat selitkan petikan lirik nasyid ‘Kembara Ilmu’yang boleh kita ambil sebagai iktibar bersama sebagai pengembara ilmu:

“Kembara misi lembah nurani dan titisan ilmu lulusan budi

persiapan dari akal yang murni untuk diuntai mutiara sufi menjadi azimat menuju firdausi

Lembah nurani fitrahnya suci jangan ditinggal gersang dan jangan dibiar hitam,

Gersang nurani kerana tiada ilmu

Hitam nurani kerana dosa bertimbun

Noda di hati melemahkan minda kembara sufi terasa sukar,sesatlah di dalam pelayaran

Hanya tiada pedoman akhirnya karam dalam kegagalan”

Justeru itu,kita sebagai penuntut ilmu agama iaitu fatayat harapan agama berperanan memberi kefahaman hakikat Islam dengan neraca ilmu yang sebenar bukan dengan emosi dan fahaman sekularisme yang telah lama menular dalam kehidupan kita.Kita perlu bermula di sini,tunaikan hak seorang sahabat,seorang kakak,seorang

a’limah.Jangan sesekali mengelakkan diri daripada tugas ini.Ini tugas kita bersama...

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Jika kamu tidak berangkat(untuk berperang),nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain,dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun.Dan Allah Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.” At-Taubah : 39

*Kitab Haqaiq A’nit At-Tasawuf,karangan Seikh Abdul Qadir Isa Al-Halbi.

Wednesday 5 August 2009

22 Soalan Paderi kepada Seorang Pemuda

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab,dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya,"Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya,tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu,siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Saleh dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Saleh, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An Laa Ilaaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Saturday 1 August 2009

Mutiara-Mutiara Hikmah

1. Jaga Lidahmu

"Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya".

2. Kebaikan Ilmu

"Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut".

3. Bandingan Akal Dan Harta

"Akal itu menteri yang menasihat dan harta itu seorang tamu yang akan berangkat"

4. Bandingan Perkataan

"Perkataan itu seperti ubat; jika engkau gunakan sedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapi jika digunakan terlalu banyak akan membahayakan"

5. Siarkan Kebaikan Orang

"Apabila engkau berbuat kebaikan sembunyikan, dan apabila orang membuat kebaikan kepadamu hendaklah engkau sebarkan"

6. Dunia

"Dunia itu awalnya payah, akhirnya binasa, halalnya dihisab dan haramnya diazab"

7. Bala Terhebat

"Manusia yang mendapat sehebat-hebat bala dan paling banyak kesusahan ialah orang yang mempunyai lidah yang terlepas dan hati yang tertutup iaitu dia tidak dapat diam dan tidak pandai memperelaokkan kata-katanya"

8. Bergaullah Dengan Baik

"Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu"

9. Nasib Si Pemarah Dan Putus Asa

"Tidak akan engkau dapati orang yang pemarah itu senang, tidak yang berakal itu tamak, tidak yang pemurah itu dengk dan tidak yang berputus asa itu kaya"

10. Sabar

"Kesabarn itu ada dua iaitu sabar menahan sesuatu yang engkau benci dan sabar melepaskan sesuatu yang engkau suka. Dan yang kedua itu lebih berat atas nafsu"