Saturday 5 February 2011

Teruk sangat ke Mesir hari ini???

Sudah lama rasanya tak menulis dalam blog ini.
Tapi bila dengar tentang 'Muzoharat' di Mesir yang dikatakan mengecam keselamatan pelajar Malaysia di sana,tergerak hati ini untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini.
Saya dulu pun pernah belajar di Mesir selama 5 tahun..Mesir memang dibawah undang-undang darurat lagi...Terkenang pada ketika dulu,setiap hari berkeliaran polis-polis dimerata tempat..baik dipersimpangan jalan ataupun ditempat-tempat awam..kat mana-mana pun ada polis..setiap hari jumaat berduyun-duyun FRU dan bersusun trak-trak FRU ada di kawasan masjid azhar..macam suasana nak berperang kalau kita lalu di kawasan tu....setiap hari kalau tak exersice memang tak sah.kejar bas membuat iqamah(visa),beratur ulang alik di jawazat(imigresen),makan roti feno dan i'sh cicah kuah ataupun kalau mahal sikit,kari kentanglah... itu semua dah lali bagi akak2 dan abg2.Panas terik sampai berkilat muka,sejuk sampai ke tulang adalah kebiasaan bagi kitorang dulu...tapi,apabila dengar adik2 menceritakan pada org di sini,makan roti cicah kuah macam suatu yg gharib(janggal)plak dalam hidup adik2.tak pernah ke makan gitu?Mungkin apabila kita dah biasa senang,bila susah mendatang agak sukar untuk adik2 tempuh...jangan risau,rezki ada di mana2.jangan merungut,jangan takut.bunyi tembakan,jet pejuang terbang di merata2 tu biasa,sbb apa?Banyak kem tentera kat sana menjalankan latihan diorang...biasolah tu.Cuma jangan cari nahas lah ikut sekali 'Muzoharat'plak.Memang kenelah nanti.rakyat di Malaysia semua fikir terlalu teruk keadaan di sana.Mungkin jugak ye...adik2yg rasa ek.

Saya di Mansuroh dulu dalam sehari memang ada kes pecah masuk rumah.tu memang suasana di Mesir.Memang kes yang biasa di sana.Dari dulu lagi kitorang pelajar Malaysia memang perlu berjaga2 takut2 berlaku pecah masuk rumah.Cuai ke lalai je sikit,adalah barang yang hilang.Macam kat rumah Negeri Sembilan sekarang,semakin lama semakin kurang prihatin dengan keselamatan rumah,biaaar je pintu terbuka...memang nak bagi 'diorang' masuk gaknya.Sekarang,Allah bagi keadaan ni pada kita supaya kita sentiasa beringat,jangan terlampau enjoy di sana.Apapun cuba fikir positif,jangan salahkan sesiapa.kita ni dah di kira rakyat Mesir nak ikutkan...sbb kita menuntut ilmu di sana.

Setahu saya takdelah dekat sangat Tahrir dengan kawasan pelajar Malaysia kan...Setiap masa memang perlu berhati-hati.Tak boleh sebut pun tentang Husni Mubarak kat sana.Memang ramai pengintip,tak dinafikan.Tp,tu biasalah...memang akak2 dan abg2 lama dah pesan supaya berhati2.Kita kat Mesir mana ada mak ayah.Adik-beradik pun tak semua ada.KAwan-kawanlah adik-beradik kita.Kalau berkawan pun jangan kawan senegeri,kawan dengan negeri lain jugak.Pesanan saya jangan duduk sendiri2 pakat2 sama2.Itu yang kita takut sorang2.

Malam tadi ILMAM cawangan N.Sembilan ada menganjurkan Solat Hajat,Bacaan Yassin utk keselamatan adik2 di sana serta taklimat ataupun cerita pendek dari Us Safrizal yg baru sampai pukul 4 ptg semalam.Ia diadakan di Masjid Petra Sendeng Ampangan.Pesanan Us safrizal kepada ibu bapa InsyaAllah takde pape yang berlaku dan tidak perlu di suruh pulang ke Malaysia...Insya Allah mereka selamat di sana.

Satu lagi,dikatakan kita perlu mengambil iktibar drpd apa yang berlaku di Mesir.Bagi saya,kerajaan yang lebih2 lagi perlu mengambil iktibar supaya rakyat Malaysia tidak jadi begitu,hasil daripada ketidak adilan dan penindasan oleh kerajaan.InsyaAllah tidak kan...jika masih ada ruang untuk suara rakyat...Rakyat Mesir membuat begitu,mungkin dengan cara itu sahaja mereka boleh bersuara,selain itu diendahkan oleh kerajaan.Memang orang kata tindakan mereka mengikut perasaan dan emosi,serta mengecam keselamatan rakyat di sana.Bagi saya kerajaan tidak perlu utuskan tentera berkuda atau berunta di sana...Nak harapkan permit dari polois untuk membuat perhimpunan,sampai bila2 takkan dapat kalau di Mesir tu...Betul tak..Rasanya itu sahaja buat masa ini...kalau senang nanti sambung..

Friday 3 December 2010

Doakan moga berkekalan perkahwinan ini dan diberkati Allah.S.W.T.



Friday 30 July 2010

Pesanan untuk para da'ie

Wahai diri, jangan jadi da’ie yang malang, yang hanya tahu berdakwah tapi tak melaksanakan,
jangan jadi abid yang tertipu, terasa banyak sudah amalan, tapi tak sedar bahawa amalan itu hak Allah…
jangan jadi alim yang jumud, terasa ilmu telah banyak tapi tiada yang terkesan dijiwa…
jangan jadi mujahid yang tersilap…disangka perjuangannya terbaik, tapi ternyata, Islam tak memerlukannya, tapi dia yang memerlukan Islam