Friday 3 December 2010

Doakan moga berkekalan perkahwinan ini dan diberkati Allah.S.W.T.



Friday 30 July 2010

Pesanan untuk para da'ie

Wahai diri, jangan jadi da’ie yang malang, yang hanya tahu berdakwah tapi tak melaksanakan,
jangan jadi abid yang tertipu, terasa banyak sudah amalan, tapi tak sedar bahawa amalan itu hak Allah…
jangan jadi alim yang jumud, terasa ilmu telah banyak tapi tiada yang terkesan dijiwa…
jangan jadi mujahid yang tersilap…disangka perjuangannya terbaik, tapi ternyata, Islam tak memerlukannya, tapi dia yang memerlukan Islam

TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH

قال تعالى فى القران العظيم : " واذا أردنا ان نهلك قرية امرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرنا تدميرا "
Maksudnya : Dan sekiranya Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu ( agar mentaati Allah ), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam ( negeri ) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan ( hukuman kami ), kemudian kami binasakan sama sekali ( negeri itu ).
Isu kebejatan sosial dan masalah moral serta aqidah yang berlaku di kalangan umat Islam amnya dan kalangan remaja khususnya di negara kita bukan suatu yang asing. Isu pembuangan anak, anak luar nikah, zina, pembunuhan, rasuah di kalangan pemimpin negara, judi, pengkid dan pelbagai lagi masalah sosial dianggap suatu perkara yang biasa. Sehingga dikalangan mereka ada yang mendakwa bahawa golongan yang memperjuangkan agama dan bertudung litup adalah kolot dan ketinggalan zaman. Di manakah letaknya tanggungjawab dan peranan pemimpin tertinggi yang sedang memegang tampuk pemerintahan negara sekarang ini? Dan apakah peranan kita sebagai golongan pendokong agama Allah bagi membendung masalah ini?
Apa yang ingin difokuskan disini adalah berkenaan isu pengkid ( tomboy atau lesbian ). Pengkid merupakan perbuatan perempuan membuat penampilan seperti lelaki. Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis. Golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma biologi, moral dan sosial yang mereka miliki. Gejala ini telah jelas Allah nyatakan sebagai perkara yang melampaui batas.
الرجال شهوة من النسأ بل أنتم قوم مسرفون لتأتون انكم
Maksudnya: “Sungguh,kamu telah melampiaskan syahwat kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.”
Apa yang telah Allah sebutkan di dalam Al-Quran adalah sebagai peringatan dan amaran kepada orang-orang yang melakukan kemaksiatan di muka bumi Allah S.W.T. Di mana, golongan homoseks ni telah berlaku pada zaman Nabi Allah Luth a.s.lagi. Disebabkan kedegilan mereka untuk mengikut ajaran dan nasihat daripada Nabi Luth a.s, maka Allah telah menimpakan kepada mereka balasan yang setimpal dengan dosa yang mereka lakukan.
Azab yang ditunggu kaum Luth menimpa mereka. Kehancuran mereka pada waktu Subuh dalam keadaan sungguh dahsyat kerana bumi negeri itu diterbalikkan. Mereka turut ditimpa batu daripada
tanah keras dan terbakar.

Al-Quran menyebut azab yang menimpa mereka: “Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.”

وامطرنا عليهم مطرا فانظر كيف كان عاقبة المجرمين
Maksudnya: “Dan kami hujani mereka dengan hujan (batu). Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang berbuat dosa.”
Demikian balasan terhadap mereka yang melakukan homoseks. Berhubung
perkara ini, ada sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad daripada Ibn Abas: “ Siapa yang kamu dapati melakukan perbuatan kaum Luth, bunuhlah orang yang melakukannya dan diperlakukannya.”
Setelah kajian dijalankan,faktor-faktor yang menyebabkan gejala pengkid berlaku adalah :
• Dari usia kanak-kanak lagi sudah nampak kecenderungan mereka lebih berminat kepada perempuan, selain suasana negatif ketika mereka dibesarkan seperti melihat lelaki yang disifatkan sebagai ganas seperti bapa yang tidak bertanggungjawab, kaki pukul dan sebagainya. Mereka dikategori sebagai pemangsa atau mangsa.
• Mereka terperangkap dengan pujuk rayu ‘pengkid’ asli yang pastinya mendatangi mereka dengan cara merayu, mengoda dan mencabul. Awalnya tidak suka, tidak mahu, tetapi mula menerima dan menyukai cara pemangsa. Mereka berjaya membentuk piramid yang membolehkan mereka membina rangkaian lebih luas. Ahli sub-budaya ini cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan dalam satu masa yang sama. Ini bererti, apa yang dicari hanya kepuasan nafsu bukan hubungan sah melalui perkahwinan dan tidak mahukan anak.
• Fenomena anak gadis terlibat dalam cinta songsang berpunca kepada keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual wanita bersama wanita lain.
• Kononnya hanya wanita mengetahui keinginan wanita lain dan menjanjikan kepuasan yang lebih.
• Berasa lebih selesa kerana tidak terdedah kepada risiko mengandung.
• Kurang kasih sayang juga antara penyumbang kepada gejala ini. Ramai ibu bapa hanya menjalankan tanggungjawab tetapi dalam jiwa mereka sebenarnya tidak melekat kasih sayang, kebahagiaan dan kemesraan.
• Ramai juga berpendidikan tinggi tetapi golongan ini sebenarnya tidak mempunyai kemahiran sosial dan gagal mengawal emosi.
Oleh yang demikian,kita sebagai golongan agamawan perlu memikirkan bagaimana cara mengatasi gejala yang semakin menular ini dalam masyarakat di Malaysia.Lebih-lebih lagi pelajar sekolah menengah.Semakin hari semakin bertambah rakan-rakan seperjuangannya.Semakin hari semakin bangga dengan apa yang mereka lakukan.Kalau kita lihat di sekeliling kita,mahasiswa Al-Azhar juga tidak lari dari gejala ini.Kenapa?Kerana keinginan diri tidak dibentengkan dengan iman yang kukuh serta mujahadah yang kuat walaupun pelajar agama.
Sebenarnya dalam hal ini semua pihak baik atasan,pertengahan dan bawahan harus sedar bahawa ini adalah peranan kita bersama.Contohnya,pihak atasan perlu memandang serius masalah homoseksual ini dan perlu menggubal undang-undang baru bagi membendung masalah ini kerana mereka lebih berkuasa melakukannya.Pihak pertengahan dan bawahan yang hidup bersama masyarakat pula,fikirkan dan rancangkan bagaimana cara merawatnya di samping membuat analisa kepada sasaran-sasaran yang terlibat.Tidak kiralah kita duduk di bawah UMNO,PAS,DAP,PKR dll…kita perlu memikirkan penyelesaiannya dan jalankan apa yang sepatutnya kita buat atas nama ISLAM.Itu tanggungjawab kita.
Pada 23 oktober 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang di pengerusikan oleh Profesor Datuk Dr Abdul Shukor Husin telah memutuskan pengharaman perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’. Walaupun setelah fatwa dikeluarkan, terdapat sesetengah pihak melakukan demonstrasi bantahan terhadap fatwa tersebut, hukum Allah tetap perlu ditegakkan. Ini kerana akan membawa kemudhorotan yang lebih besar kepada masyarakat. Bukan sahaja masyarakat Islam bahkan juga kepada yang bukan Islam kerana boleh menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat itu sendiri.

pengeluaran daripada Ustazah Mahfuzoh Bt Saidina Abu Bakar...

Tuesday 13 July 2010

Kuih dan kerepek raya 2010

"...Selamat Menyambut Bulan Syaaban,Ramadhan dan Raya2..."Sambut Syaaban dengan berpuasa,sambut Ramadhan pun dgn puasa,tapi sambut Syawal je dengan Kuih Raya dan Kerepek Raya...
Kat sini ada nak promosi sikit,akak saya punya bisnes kuih raya...

Macam2 kuih dan kerepek ada..harga pun berpatutan..tapi rasanya ikut pada kegemaran masing-masing..ada yg suka rapuh,ada yg suka masin,tawar,suka yang kecik,yang besar.Ada nak yang cantik je,kot lah...ok..sebarang tempahan di sekitar Seremban boleh dapatkan di sini ye.Hafizah Daud : 013-3172467..
Untuk di Mesir tak dapat nak nolong.takde pulak kos penghantaran ke sana...tapi puasa dan raya kat sana memang best.So,jgnlah sedih2,kuatkan semangat,selamat berjuang.Saya Jual Awak Belilah...ok

p/s untuk kak masah belilah bebanyak sikit untuk ibu dan adik2 dan anak2sedara kat jelai...he3

Thursday 1 July 2010

PESTA SUKAN PASTI 2010


Pesta Sukan PASTI 2010 diadakan di Pulau Pinang pada 27hb Jun 2010.Alhamdulillah dapat juga sertai kelab penyokong adik-adik PASTI NEGERI SEMBILAN...Maklumlah bukan guru PASTI lagi.Itu pun sebab ada kosong yang perlu diisi,Ateh Liza ajak untuk penuhi kekosongan.Memang dah lama sangat rasanya tak join Program PASTI.Hanya mengikuti khabar berita saja...Kontinjen Negeri Sembilan menghantar 1 pasukan bola sepak dan bola jaring.Tak sangka adik2 ni boleh dilatih untuk mewakili negeri.
26hb hari sabtu kami sampai dalm pukul 9.30pgi di tempat penginapan.Kami di bawa berjalan-jalan di sekitar Pulau Pinang...tempat jeruk,Komtar...Pukul 4.00 petang ada temujanji bersam Menteri Besar P.Pinang,Lim Guan Eng..Pertemuan ini memang cukup mahal yang mana rombongan kami ini diketuai oleh Pengarah Pasti N.Sembilan Us Nazri Zainuddin...Takpelah..sok sambung semula ye..

Friday 18 June 2010

Mabruk A'laikuma


Monday 14 June 2010

Mencari Damai Dan Tenang Dalam Rumahtangga

Pasangan Perlu Kreatif

Satu kajian telah dilakukan oleh para sarjana kearah rumahtangga yang bahagia dan akhirnya mereka telah merumuskan empat faktor yang perlu ada untuk membawa kejayaan kepada cita-cita tersebut, iaitu :

Faktor-faktor yang berhubung dengan penampilan peribadi, hati nurani dan hubungan timbal-balik diantara anggota keluarga. Faktor ini adalah faktor utama.
Faktor yang berhubung dengan ekonomi keluarga termasuk penghasilan yang memadai, kebolehan menangani urusan rumahtangga dan adanya aduan khusus tentang belanjawan rumahtangga.
Faktor lain di dalam rumahtangga termasuk teladan suami ister, pandangan, sikap serta pendidikan mereka tentang akhlak dan agama.
Faktor kemasyarakatan iaitu hubungan keluarga dengan lingkungan luar termasuk tatacara penggunaan dan peraturan waktu lapang, hiburan, istirehat dan lain-lain.
Ada beberapa perkara yang perlu ada di dalam komunikasi anatar suami dengan isteri untuk mencapai kebahagiaan, antaranya ialah :

KETAQWAAN

Taqwa merupakan kominikasi atau hubungan kebatinan yang tinggi dan suci. Hati mereka bersatu dialam yang penuh dengan kenikmatan dan diikat oleh Allah SWT. Allah menjadi pemelihara hubungan mereka dan malaikat sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka. Ia adalah kunci agar kebahagiaan rumahtangga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Orang yang bertaqwa tidak berubah layanannya, samaada suami kepada isteri atau isteri kepada suami, kerana ketaqwaan mengikat mereka dengan arahan Allah. Allah menyuruh suami menyayangi isteri dan bergaul dengan baik sampai bila-bila. Begitu juga sikap isteri terhadap suami. Ini adalah prinsip di dalam Islam. Teknik bermanja dan bergaul terpulang kepada kreativiti pasangan tersebut. Pokoknya, bergaul dan mengekalkan kebahagiaan adalah amanah Allah yang perlu dilaksanakan untuk melayakkan mereka menjadi penghuni syurga.

CINTAKAN AKHIRAT

Firman Allah :

“Dan janganlah engkau tujukan pandangan engkau kepada kesengangan yang Kami berikan kepada beberap golongan di antara mereka, sebagai bunga kehidupan dunia, kerana Kami hendak menguji mereka dengan itu…..” (Thoha : 131)

Kecintaan kepada akhirat boleh melahirkan sifat yang unik di dalam pergaulan. Perkahwinan adalah tempat mendapatkan berkat, bukan tempat mencari kebendaan, kerana kebendaan hanyalah alat untuk menjadikan mereka beroleh keuntungan di akhirat. Lahirlah sifat suka berlumba di dalam melakukan kebaikan antara kedua pihak dan mengelakkan sengketa agar hidup mereka sentiasa eroleh pahala dan berkat. Hati yang mengingati akhirat ialah hati yang bebas dari tawanan material dan sekelilingnya. Mereka akan menjadi manusia yang tenang dan sabar di dalam melayari bahtera rumahtangga.
Manusia yang hidup dibelenggu kebendaan dan menjadikan suasana sekelilingnya sebagai prinsip dan neraca dalam kehidupan akan merasai pendertitaan dan kesusahan. Hatinya gelisah dan bimbang apabila memikirkan kehidupan dunia yang penuh mencabar. Hatinya tidak tenteram bila melihat sekeliling, manusia berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kemewahan hidup. Ingin sekali dia beroleh segala apa yang dimiliki oleh orang lain, malah lebih lagi.

Akibatnya, topik yang sering dibincangkan antara keduanya ialah bagaimana mahu menjadi kaya, senang dan mewah sebagaimana orang lain. Isteri selalu mengajukan soalan yang membeban dan menekan suami.
“Bila lagi nak beli kereta,…bang…beli, beli ini…?”, …..dan pelbagai lagi.
Jika suami seorang yang lemah, ia akan melayan karenah isteri malah kekadang, ia pula lebih yang lebih dari isterinya.
Kata seorang ahli hikmah :
“ Barang siapa yang mencari dunia, dunia lari daripadanya, dan barang siapa yang mencari akhirat, dunia akan mendatanginya.”

KASIH SAYANG

Kasih sayang antara suami isteri perlu diperlihatkan dalam bentuk tindakan dan ucapan, bukannya bentuk yang kaku. Hatinya sayang, tetapi tidak mahu menunjukkan kepada isteri kerana bimbang isteri akan naik kepala. Ini adalah prinsip yang bertentangan dengan kehendak Allah dan sunnah Rasulullah. Rasulullah sendiri melahirkan kasih sayang pada isterinya didalam bentuk ungkapan dan perbuatan. Baginda memanggil isterinya dengan panggilan yang manja, umpamanya memanggil Aisyah dengan nama “Humairah”, dan di antara sebab Nabi sentiasa bersugi ialah kerana Baginda suka mencium isterinya.

Ummu Salamah r.a berkata :
“Rasulullah mencium salah seorang isterinya ketika hendak melakukan solat.”

Suami atau isteri perlu melahirkan ungkapan yang menggambarkan kasih sayang dengan panggilan yang amnja antara kedunay. Ada kes dimana seorang isteri enggan memanggil suaminya ‘abang’, mungkin disebabkan faktor usia dan sebagainya. Tetapi faktor ini bukanlah faktor yang boleh dijadikan alasan kerana malu yang tidak syarie adalah daripada syaitan. Suami atau isteri perlu bermujahadah melawan sifat ego dan malu mereka kerana Allah mencintai suami isteri yang berkasih sayang.

Lakukanlah kerana Allah. Jika isteri enggan, suamilah yang perlu memulakan dengan secara tidak serius, didalam keadaan gurau senda. Begitu juga didalam perbuatan, perlihatkanlah kemanjaan atau belaian. Sentuhan manja antara kedua pihak di dalam keadaan sentuhan bukan bertujuan melakukan hubungan kelamin adalah sentuhan yang memberi ketenangan kepada kedua-dua pihak.

Begitu juga bila tiba hari ulangtahun perkahwinan, sambutlah ia dengan mengadakan acara tersendiri seolah-olah sentiasa memperbaharui hubungan antara keduanya. Yang penting, masing-masing perlu merasai betapa diri disayangi dan dihargai serta mereka saling memerlukan di antara satu sama lain.

copy n paste daripada http://kembarasalik.wordpress.com/2008/05/03/mencari-damai-dan-tenang-dalam-rumahtangga/

Buat tatapan sahabat-sahabat yang akan dan baru mendirikan rumahtangga Syarifah Nuriyyah dan pasangannya,Us Safrizal n Zatil,Hezlin Ali Akbar n pasangannya,Ansoriah n suaminya...Semoga menjadi panduan untuk mencapai kebahagiaan dunia n akhirat.

Thursday 13 May 2010

Pegi makan angin kat Jeram Tengkek

Untuk tatapan apis ye...apis balik nanti kita pegi ye pis...hehehe




ni kat City Park Seremban 2..2 minggu lepasnya



Tuesday 4 May 2010

KEMPIS 2010



Kem kepimpinan Palong Sebelas(KEMPIS)2010 di kem PUSAKO,Batu Kikir Negeri Sembilan pada 23-25 April 2010...Peserta daripada SEK MEN KEB FELDA PALONG 11.Program ini anjuran bersama SMATT dan ALTIS Group...
Saya pun pertama kali sertai program yang dikendalikan ALTIS Group...Fasi-fasinya daripada pelajar lepasan STPM Sekolah Sheikh Haji Mohd Said.Setiap konsultan ada bermacam-macam cara pembawakan dan pengendalian mengikut pada program yang dijalankan.Fasilitator terdiri drpd 6 org lelaki dan 4 org perempuan.
Pertama kali juga saya sampai di kem PUSAKO...ada tempat untuk berkayak,flying fox,rock climbing,pin ball,basikal...tapi tak semualah kami main.Hari kedua,daripada pukul 11 pagi sampai 7.00 petang aktiviti di luar sahaja.sambung lagi malam 'Night Walk' di hutan sekitar PUSAKO.First time lah masuk hutan malam-malam jaga check point...untunglah diorang bagi kitorang dekat dgn lampu...

'Night Walk' untuk ketahanan rohani dan jasmani.Setakat mana pergantungan kita pada Allah.Perjalanan itu dalm 4.5km tak silaplah.Tapi,bak kata cikgu mereka "diorang dah biasa joging 4.5km,maklumlah budak-budak bola".Untuk 'Treasure Hunt' ada 5 check point.Setiap check point ada ujian-ujian tertentu sama ada ujian hati,mental,fizikal,akal...ada yang makan cacing(buat gimik je)...angakat tayar,cari kiblat menggunakan kompas,makan nasi paling sedap...campuran lada putih,telur mentah,garam...makan sampai habis.

nasi campuran yang paling best

Alhamdulillah mereka semua melepasi ujian tersebut dgn hati yg kental.Petang pulak main Pin Ball...mengatur strategi melawan musuh dan mengelak daripada tembakan musuh.Malangnya,group fasi kalah dgn cikgu-cikgu mereka.
Macam-macam dapat belajar daripada org lain.Alhamdulillah,walaupun mereka sekolah biasa,pimpinan mereka tetap mantap..InsyaAllah.




Perasmian penutup.Di hujung sekali pakai kopiah tu,adik us Tuan Ibrahim Tuan Man rupanya..tak ingat nama

http://altis-academy.blogspot.com/2010/04/kem-kepimpinan-asrama-smk-palong-11.html

Monday 3 May 2010

Tarbiah Jiwa di Sek Men Keb Jelai Felda


Tarbiah Jiwa merupakan elemen yang penting bagi membentuk nilai-nilai murni dalam diri serta sedar diri kita sebagai seorang hamba yang hina di sisiNya.

Itulah tujuan SMATT mengadakan Program Tarbiah Jiwa di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai Felda di atas permintaan pihak sekolah tersebut.
Program ini diadakan pada 2,3,4hb April 2010.Lebih kurang pukul 6 petang kami sampai di sekolah tersebut dan mendengar taklimat daripada moderator program Ateh Firdaus dan Pak usu.Program dihadiri 3 orang fasi lelaki,10 orang fasi perempuan yang majoritinya adik2 lepasan STAM Maahad Ahmadi Gemencheh.
Kami diberitahu,peserta-peserta di kalangan pelajar yang bermasalah.Dan sebab tulah setiap hari pesertanya bertambah berkurang disebabkan mereka tak nak bermalam di sekolah...Biasalah adik-adik felda,mudah je nak balik naik motor...tapi,pelajar lelakilah yang rajin balik.Perempuan stay je kat sekolah...

Program ini bertujuan untuk mereka mengenal diri dan kami cuba mengenal pasti punca masalah mereka,pengamalan Islam sebenar dalam kehidupan mereka serta memberi pendedahan bahawa solat itu penting bagi menjauhkan diri dan membina benteng pertahanan diri kita drpd maksiat hati dan jasmani...
Jiwa kita perlu ditarbiah,perlu dijentik bagi sedar bahawa kita ni hamba.sebab apa?sebab kita dijadikan daripada air mani yang keluar dari tempat yang hina...kita tidak boleh bangga,bermegah dengan status kita sebagai hamba.Seperti firman Allah S.W.T:
"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dari tanah.Kemudian Kami jadikan dia air mani di dalam tempat yang kukuh(rahim).Kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah,lalu segumpal darah itu kami jadikan sepotong daging lalu Kami jadikan tulang ,lalu tulang itu Kami bungkus dengan daging,kemudian dia Kami ciptakan manusia yang sempurna.Maka Maha Suci Allah yang sebaik-baik menciptakan"
SURAH AL-MUKMINUN:AYAT 12-14

Tapi kita kena ingat,kita ni pegawai Allah,Duta Allah,Khalifah,Wakil Allah,Pekerja Allah.Amat besar tanggungjawab ini yang mana tiada makhluk lain yang sanggup menerima taklifan ini...Kita diciptakan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah...AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR itulah peranan kita di muka bumi ini.
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku akan jadikan seorang khalifah di atas muka bumi(Adam).Maka jawab mereka itu : Adakah patut Engkau jadikan di atas muka bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah,sedang kami tasbih memuji Engakau dan menNyucikan Engkau?Allah berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tiada kamu tahu"
SURAH AL-BAQARAH : AYAT 30

Daripada program ini,kami dapati ramai peserta yang mempunyai masalah keluarga...seorang adik kumpulan saya,yang mana dia tertekan disebabkan mak dia berubah selepas kematian ayahnya.Ibunya tidak mengambil peranan sebagai seorang ibu dan lebih suka menghabiskan masa bersama kawan-kawannya di luar.Dia dan adik-adiknya terpaksa berdikari,jadi adik ni lebih suka berada di sekolah dan di luar.

Selain itu,ada yang tidak suka balik rumah disebabkan ayahnya kahwin satu lagi dan tinggal bersama ibu tiri dan adik-beradik tirinya yang mana adik ni tidak suka dengan keluarga itu.Ada pula ayahnya suka marah dan pukul tanpa sebab...membuatkan dia takut nak pulang ke rumah.Ada juga yang bertanya,"boleh tak saya jadi les...?macam best je kak" MasyaAllah.Masalah-masalah ini yang menjadikan mereka kurang adab,bergaduh kerana teman lelaki.Ini mungkin kerana mereka kurang perhatian dan kasih sayang dan juga tiada suasana yang baik dari rumah.Macam-macam lagi yang mungkin kami tak sempat nak cungkil dan dengar luahan mereka...Ramai juga yang tidak hafal bacaan-bacaan dalam solat...Apapun syabas buat mereka yang sudi membuka hati,memberi badan untuk menerima tarbiah...
Apapun dalam hal ini,semua perlu mengambil peranan bagi membantu mereka dan membentuk akhlak mulia.Semoga Allah memberi petunjuk dan sentiasa pelihara iman mereka...InsyaAllah.

Satria PMPK go!go!go!

Sejarah itu senang!Sejarah itu senang!Sejarah itu senang!


Itulah dia alunan muqaddimah kelas Sejarah kami di Maahad Ahmadi Gemencheh bersama guru yang banyak berjasa...Cikgu Kamaruzzaman.Baru je sebut,dapat juga jumpa di Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Mustafa Serting yang mana ketika itu ada program bersama anak-anak murid beliau,tingkatan 4 dan 5.Beliau merupakan pengetua sekolah SMADHEM selepas dipindahkan dari Maahad Ahmadi.Rindu sangat dgn cikgu-cikgu Maahad.Tak sangka dapat jumpa beliau,macam-macam dengar tentangnya...sakit,masuk hospital,dialisis...Moga Allah pelihara beliau.Apabila lihat orangnya,Subhanallah...berubah sangat,tak sampai hati,sedih...bile dengar ucapannya,beliau tak pernah berubah semangatnya,masih lantang seperti dulu...

Sekretariat mahasiswa/wi Timur Tengah mengadakan PROGRAM MENUJU PUNCAK KECEMERLANGAN bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 SMADHEM pada 29-31 Mac 2010.Program ini dihadiri oleh 2 orang moderator,4 org fasi lelaki,9 kot tak silap fasi perempuan.Syukri dan Kak Masah urusetia dari SMATT.Fasi lelaki memang kurang,jadi sape-sape balik cuti ke habis ke,jangan lupa lapor diri ye..dijemput jadi fasi di program SMATT.


nyanyian lagu tema

Program ini lebih menumpukan aktiviti pembelajaran yang baik.Mengenali matlamat sebenar,cara membuat jadual belajar dengan betul...di sini kami lihat pelajar luar mempunyai masalah untuk mengatur jadual dengan baik kerana ia mengikut latar belakang keluarga,ada yang membantu mak berniaga,ada yang mempunyai masalah diri sendiri.Jadi di situ masa belajar dan mengulangkaji menjadi kurang 8 jam.Pelajar asrama pula majoritinya masalah kawan-kawan dan pimpinan asrama...Alhamdulillah selepas SMADHEM menjadi SABK ramai guru yang telah dimasukkan ke situ bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar.Apepun,semua masalah boleh diatasi dengan baik sekiranya ada kerjasama antara semua pihak.

Ada juga slot ceramah bersama Us Nor Azman Mohamad.Tak ingat tajuknya apa,tapi ia tentang solat,pengamalan Islam dalam hidup,pentingnya meninggalkan dosa untuk berjaya,kesan maksiat dalam diri...tak gitu us...he


perbentangan logo dan moto kumpulan


treasure hunt,kak masah komando eh...he3

Kami sebagai fasi juga sempat memantau pemikiran dan pandangan mereka tentang pengamalan Islam dalam hidup mereka.Iye,besar tanggungjawab kita sebagai pelajar agama diperingkat tinggi memberi fahaman yang lebih wadhih tentang cantiknya Islam pada mereka.Apa yang kita tahu,kita amalkan.Bukan setakat di sekolah kerana terikat dengan peraturan tetapi tetap juga di rumah dan di mana-mana kita berada.Kadang-kadang sedih apabila kita lihat pelajar agama sendiri yang memburukkan nama Islam itu...Sama-samalah kita fikirkan modul bagaimana untuk tingkatkan 'civik minded' adik-adik kita ni.Kita tak nak buat program hanya memenuhkan taqwim,tetapi ada hasilnya yang baik.Apepun,kita usaha membantu,tapi Allah yang bagi hidayah..Semoga usaha yang tak seberapa ini diterima oleh Allah bagi mendapat redhaNya.

Thursday 29 April 2010

Kes Remaja Ditembak Polis

Seorang pelajar 15 tahun Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis pada 26 April hari Isnin lepas.Arwah yang dianggap penyamun di Seksyen 11 Shah Alam ditembak di kepala ketika memandu kereta milik keluarganya bersama seorang rakan...Keluarganya kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara dalam waktu yang singkat telah menuduh anaknya seorang penjenayah sedangkan siasatan belum lagi selesai.Kekesalan itu dizahirkan ibu mangsa, Norsiah Mohamad kepada Salahuddin sewaktu lawatan ke kediaman mereka di Shah Alam petang semalam.(gambar)



Apabila kita dengar berita ini,seolah-olah negara kita negara yang tidak aman dan terlalu mudah polis Malaysia melepaskan tembakan tanpa sebarang siasatan.Setahu saya kalau mangsa tersebut tidak mengancam nyawa sesiapa,polis tidak boleh ambil tindakan menembak.taulah sikit walaupun tak ambil kursus polis...Kemudian anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat.polis tersebut hanya dikenakan tindakan itu.Sebab apa ye?Bila masuk pejabat tidak boleh pegang pistol...gitu ke...

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mendakwa insiden polis menembak mangsa seperti trigger happy.Beliau merujuk beberapa kes sebelum ini termasuk yang pernah dibawa ke parlimen tetapi belum juga selesai dan terus berulang.Kalau polis buat satu jenayah memang tidak boleh dikenakan tindakan seperti mana orang awam ke?Memang perlu diselindung ye atau dielakkan dari hukuman ye...ke camne?fikirlah sama-sama.Banyak lagi kes yang melibatkan 'orang berpengaruh' tergantung camtu je...kenapa mereka tidak boleh dihukum ye.

Dalam tulisan YB Khalid Samad ada mengatakan "Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum..." Bagaimana cara penyelesaian kes jenayah yang semakin menular di Malaysia,sedangkan 'orang-orang yang berpengaruh' ataupun 'yang berkuasa' sendiri yang banyak melakukannya.Tetapi diselindung dan dielakkan dari hukuman seperti mana orang awam.kadang-kadang terfikir,Malaysia ni seperti Negara India pulak yang digambarkan dalam filem Hindustan lama-lama dulu...Penindasan orang awam yang berlainan pandangan,rasuah semata-mata untuk menutup kesalahan,rakyat buat pemgumpulan aman untuk menyatakan hasrat pun disembur dengan pemedih mata dan tak pasal-pasal kakak saya pun kena yang berada berdekatan di situ.Polis,FRU lah semua jadi alat bagi 'orang atasan'...tapi apa pun,setiap orang ada penilaian masing-masing dan Allah lebih tau apa yang benar.Sama-samalah kita berdoa,minta dijauhkan bala...minta diberi petunjuk sentiasa apa yang perlu kita buat.Banyak sangat Allah bagi peluang untuk kita beringat,bertaubat...

cedok sikit sumber dari Harakah Daily

Tuesday 6 April 2010

Sedikit kalam

Ibnul qayyim mngatakan..
"Tidaklah sekali-kali Allah Taala menguji hambaNya dgn godaan hawa nafsu dan kederhakaan,tiada lain ia brtujuan mengarahkannya supaya brjuang & melawan shgga prjuangan itu akn mlahirkan cinta kpd Allah...."
Rasulullah S.A.W bsabda..iman itu bukan dgn kata-kata,bukan juga dgn cita-cita,tetapi iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati dan buktinya dgn amal..renung2kan wahai sahabat
cinta dan kasih sayang merupakan titik tolak bagi dakwah yang berhasil. Daie yang berkesan ialah yang memiliki cinta dan kasih kepada sesama manusia, ia menjadikan dirinya seperti bejana yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang tulus kepada semua"Dr Muhd Said Ramadhan Al-Butty
tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhu'lah.. tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah, tika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah, ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t... agar tunduk disaat yang lain angkuh... agar teguh disaat yang lain runtuh... agar tegar disaat yang lain terlempar"
Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka ,mereka yang mencari dan mereka yang telah mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka Tetapi….. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa mendoakan agar hari mu dipermudahkan ALLAH. ameen...

Setiap jiwa yang berada dlm perjuangan tidak akan mengenal istilah tekanan..tidak akan mengenal istilah ugutan..tidak akan mengenal istilah kesakitan..mereka berada dalam penuh ksyukuran..tetapi hati mereka terubat dgn janji-janii Allah..menjanjikn hamba yg utuh brjuang dgn balasan syurga..Inilah janjinya yg benar..Bekerjalah Utk ISLAM..

Al-Imam Hasan Al-Hudaibi brkata "Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani serta mengikut pendirianku.Tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walaupun sehari dgn org2 yg mengambil sikap brtolak ansur"
Dari Abu Hurairah r.a, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesempurna-sempurnanya kaum mukminin perihal keimanannya ialah yang terbaik budi pekertinya di antara mereka itu dan yang terbaik di antara kaum mukminin itu ialah yang terbaik sifatnya terhadap kaum wanitanya.” (Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah s.w.t." (Riwayat Abu Naim

Wahai Wanita Idaman,Wanita Pilihan..Ketenanganmu terdapat dlm IMAN,ketenteramanmu ada di dalam S0LAT & kesejukan hatimu ada pd KERELAANMU,kebersihan fikiranmu tersimpan dlm sifat QANAAH,kecantikan wajahmu tersimpan di dlm senyumamu dan terpeliharanya kehormatanmu ada pd HIJAB serta kebahagian jiwamu ada di dlm ZIKIR...Wahai Srikandi penyejuk hati..Jadilah wanita yg paling bahagia di dunia.

petikan daripada offline sahabat2 yg menghantar...

Tuesday 30 March 2010

Konvensyen Tarbiah bersama Tok Guru Haji Hadi Awang


Pada 28 mac 2010 bersamaan dengan 12 Rabi'ul thani 1431 hijrah saya dengan kak massah 'menta'azurkan' diri dari kerja-kerja di Karnival Lelongan tu.Dah lama tak pergi program PAS tu yang rindu sangat nak jumpe dan dengar kalam nasihat drpd Tok Guru...Kami pergi pun sebab tak malu cakap dgn us khairi nak ikuttt...Konvesyen Tarbiah tu kat Tahfiz Ibnu Hajar Kg Serting Tengah.Mula-mula sampai,takjub kami sebab tengok beberapa orang sukarelawan NISA datang membantu pengurusan untuk majlis tersebut...daripada hari jumaat lepas kerja,terus ke sana.Subhanallah.Pengorbanan mereka untuk membantu.Moga diberi ganjaran dunia akhirat.

Telah dirasmikan serta ditandatangani oleh beliau
Alhamdulillah tuan guru selamat sampai di tempat konvensyen di Pusat Pengajian Al-Quran dan Tahfiz Ibnu Hajar di Serting Tengah.
Tuan guru disambut dengan mesra oleh pendokong2 dan penyokong PAS demi mendaulatkan Islam yg sebenar di muka bumi ALLAH ini.Mudah-mudahan Islam akan terus menang.
Konvensyen dipengerusikan oleh Us.Nor Azman Mohammad.Tuan guru membentangkan kertas kerja yang mengisarkan tentang RUKUN BAI'AH...Ingat lagi ke yek...InsyaAllah,10 rukun itu yang menjadi panduan dalam gerakan Islam.Rukun Bai'ah antara otot yang mampu memastikan ketahanan dan kelangsungan perjuangan tatkala menghadapi tahadiyat yang memaksa dan mendesak.Rukun Bai'ah juga antara bahan kekuatan dalaman yang berkesan untuk menangkis virus mazmumah yang merosakkan Harakah Islamiyah.
Akhlak dan disiplin berjemaah turut lengkap apabila setiap gerak langkah menyusun program dan mengatur strategi berdasarkan Rukun Bai'ah.Sedang akhlak dan disiplin merupakan antara menara tertinggi bagi syiar Harakah Islamiyah
Ini olahan sendiri je...tp saya yakin ia lebih kurang sama dgn apa yang disampaikan.
Maklumlah kami kene duk luar je.Tak berdaftar,dengarlah jugak kalam2 tersebut.
ok...time menjamu selera...tapi us khairi ajak kami balik sebab ada kerja yang menunggu di Centre Point Ampangan.Us pesan,habis je pembentangan terus balik,jgn ada yg pergi makan pulak...nantilah kot rajin saya sambung lagi .wassalam

Thursday 25 March 2010

Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar tidak memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.



Ini adalah sebahagian artikel dlm blog tersebut..sila bace dgn lebih lanjut di http://holywar- efairy.blogspot. com/2009/ 12/pope-roman- peter-ii- cantus-benedicti ne.html

Wednesday 24 March 2010

KARNIVAL LELONGAN AMAL PPIM



Mari kita membeli sambil menderma di Karnival Lelongan Amal PPIM yang diadakan di CENTRE POINT SEREMBAN pada 27 & 28 Mac 2010.Bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Artis yang terlibat Rabbani,us Akil Hayy,Aisyah,Suhaimi inteam,ina naim dan ramai lagi...

Karnival Lelongan Amal yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini bertujuan mengisi tabung/dana kebajikan Sekolah KAFA Integrasi kampung Pendamar,Klang,selangor Darul Ehsan dan Sekolah-sekolah KAFA Malaysia.Karnival ini juga diadakan khas bagi mempergiatkan lagi jualan-jualan barangan-barangan yang telah terkumpul samada baru atau terpakai seperti pakaian,kasut,beg,perabot,hiasan rumah,kelengakapan dapur,dan apa sahaja barang yang bernilai dan yang ada 'value' dengan harga yang murah.

Yang mana PPIM ditubuhkan untuk menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para pengguna Islam,melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan berstrategi.

Datanglah beramai-ramai bersama kuarga.Membeli sambil menderma.

Tuesday 23 March 2010

PROGRAM TARBIAH JIWA


Fawwaz anak us Jai pun nak ikut program...jom jom

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM TARBIAH JIWA DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN PASOH 2 ANJURAN SMATT
Program ini diadakan pada 5-7hb 2010

Malam Mengenal Diri sebagai hamba Allah yang kerdil



workshop solat



Makan tengahari...



Menghayati kasih sayang Allah dan Ibu bapa



Treasure Hunt.check point ke-4

ada yg tempang,buta,bisu...semua kene bantu antara satu sama lain.itupun ada yg kene culik.samada tak nak bersama kawan2 lain ataupun kawannya tak perasan kawannya diculik

Harapnya,program ini dapat memberi kesan yang baik pada adik2 peserta...InsyaAllah