Friday 12 February 2010

Muhasabah Setiap Hari

Sepanjang hidup kita hanya bargantung kepadaNya.Kita hanya berharap kepadaNya dan terus mengharap...tetapi layakkah aku untuk minta padaNya?sedangkan aku berdosa,aku hina,aku lupa dengan amanahNya.
Adakah cepat aku mengadu padaNya jika aku berbuat dosa yang selalu ku ulang-ulang?sepatutnya aku terus bertaubat tapi,malengah-lengahkan minta ampun padaNya.Mungkin hanya sekadar sebutan di mulut "Ampunkan aku ya Allah".kemudian ulang semula...

Betul ke aku serahkan segala-galanya pada Allah?dalam masa yang sama aku inginkan pujian orang,aku inginkan perhatian seorang yang bergelar hamba.Aku takut rezki aku hilang,aku takut macam-macam hilang dalam hidup aku...itu bukan orang-orang yang berserah segalanya.itu hanya berpura-pura kononya bertawakal.

Aku kata,hidup dan matiku hanya kerana Allah.Tapi,sejauh mana kesanggupan aku untuk berkorban dalam kerja-kerja Islam.Aku tahu amalku tak seberapa yang membolehkan aku menjadi ahli syurga.Amalku untuk dunia melebihi amalku untuk akhirat…walhal dunia itu sementara,sedangkan akhirat itu pasti kekal! Sedang bekal yang dicari didunia yang sementara itu tidak mampu menampung kehidupan akhirat yang pasti itu…

Aku malu,apa yang boleh membuatkan Allah memberi BONUS padaku.Aku harapkan bermacam-macam dariNya.Aku minta itu dan ini...walhal solatnya hanya 2 rakaat atau 4 rakaat.cukup dengan solat 5 waktu,tanpa tahajud,taubat,dhuha...Layakkah aku untuk mendapat semua yang aku minta sedangkan amalan aku hanya untuk kepentingan diri ku.Apa yang sedap pada diriku tu yang aku buat.Mujahadah melawan nafsu...setakat mana,hanya mencipta alasan yang membolehkan sesuatu perkara yang aku suka buat.Allah tau apa yang aku buat walaupun orang lain tak nampak.
Kadang-kadang,apabila aku susah bermacam-macam doa aku pinta dalam solat.Minta di kabulkan,minta ditunaikan,walhal kita lupa terlampau banyak nikmat yang Allah curahkan kepada kita.
Jadi,sejauh mana kahkita menjadi hambaNya yang bersyukur.Astaghfirullahal a'zim.
perbanyakkanlah solat taubat dan sentiasa menginsafi diri...pesanan buat diriku yang leka dengan duni semntara...Tetapkanlah imanku ini Ya Allah.

0 comments:

Post a Comment