Tuesday 22 December 2009

Sedih + gembira


Seorang pejuang bernama Mohd Hafiz B.Daud telah mulakan langkah untuk terus menggali ilmu di Jamiah Al-Azhar pada malam semalam.Walaupun sedih bertandang di hati,ku tetap biarkan dia pergi meninggalkan kami.Wah,jiwang karat plak.hehe…Semalam pukul 10.25 minit malam saya dan keluarga bertolak ke KLIA untuk hantar Apis nak pergi ke Mesir untuk menyambung pelajaran nya di peringkat master…Memang sedih,tapi gembira sebab die kuat nak tuntut ilmu kat Azhar walaupun die tahu camne keadaan belajar di sana...Alhamdulillah barang lepas sume walaupun berat gile..Rezki.Tiah jangan risau plak.hehe.Kali ni kami tak tunggu die turun bawah,tp die yg tengok kitorang turun nak balik.sbb die masuk pukul 2.15 pagi.lambat sangat.Abah dah tak larat nak tunggu.
Sian apis…takpe,nanti lame plak nak berhenti nangis.hehehe.

Alhamdulillah,dapat juga apis ke sana sekali lagi untuk menambah ilmu dunia dan akhirat sebagai bekalan…dia ambil syu’bah Siasah Syari’yyah.Apis kate tak ramai yang ambik,tu lah dia nak ambik tu.Mudah-mudahan dapat mencorak masyarakat dengan baik dan memberi kefahaman yang jelas tentang siasah syari’yyah dan pentingnya ia dalam membentuk kerajaan Islam.Apepun pandangan orang,macamanepun dugaan yang berlaku dalam keluarga,dia tetap nekad untuk ke sana…Takpe pis,pak imam,org masjid sume sokong.Harapan mereka pada apis tinggi.Timbalah ilmu sebanyak mungkin,pengalaman dan curahkan pada masyarakat di sini.Kalau kita nak ubah masyarakat,memang kene ubah pada pimpinannya samada pemikirannya,sikapnya dan lain-lain...InsyaAllah dimurahkan rezki sentiasa dan serahkan segala urusan pada Allah.Doakan mak abah kat sini cepat sihat,dapat buat ibadah dengan sempurna…Mak tak bagi pizah pegi…sebab pizah perempuan kot. Takpe,pizah kan HAFIZAH,mudah-mudahan menjadi penjaga keluarga…tu yang kene berdikari lepas ni,ganti peranan apis kat umah lepas ni.Ambik ubat mak abah,pegi beli barang dapur,pegi keluarkan duit,pergi bayar duit,InsyaAllah,mudah-mudahan Allah kurniakan keyakinan,keberanian dalam diri ini walaupun apis takde…hua hua hua…sedihnye.
tulah die perasaan yang ada.Nak buat tapi takut...nak bawa keta pun tak yakin lagi.
Sebenarnya,kita kene bina keyakinan,cube bina jati diri sendiri,tak boleh nak harapkan pada orang lain…erm,titik permulaan untuk mulakan realiti hidup di Malaysia sebagai pekerja Islam,sebagai anak yang nak berjasa kepada ibubapa..Sekarang pun sedang fikir-fikir camne nak buat program di kampung saya.Apepun kene bina hubungan dulu dengan orang kampung.Memandangkan mereka kurang tahu tentang peranan mereka untuk menerapkan tanggungjawab dan amanah anak-anak kepada Allah.Ya,itulah tanggungjawab orang2agama. Alhamdulillah senior-senior Bakans sudi membantu…Moga Allah mudahkan urusan kita semua untuk memberi pengetahuan dan kesedaran Islam pada masyarakat.Itu saja coretan kali ini.Maaf jika ada yang tersentuh di hati…k pis ingat kitorang selalu,belajar rerajin.
22 disember 2009
9 mlm

0 comments:

Post a Comment