Tuesday 24 November 2009

Ngajar di PASTI

Alhamdulillah berkesempatan juga untuk mengadap blog ni...selepas pulang ke malaysia memang tak sempat nak jenguk-jenguk.Maklumlah baru je nak belajar buat blog...komputer dan internet pun tak berapa sihat.
Selepas pulang beraya di Rumah Rakyat Mambau,saya pun hanya duduk di rumah menemani kedua orang tua saya.Alhamdulillah,kak liza menawarkan kerja sebagai guru di PASTI AD-DIRASAH sementara sehingga cuti sekolah ni...Ada juga pengalaman mengajar budak-budak.Banyak pengalaman dan perkara yang boleh belajar daripada peluang ini...Nasib baik ramai anak buah,takdelah terkejut sangat jumpa perangai yang macam-macam,bawak mainan,menangis,mengamuk...
Selain tu juga,saya takjub dengan mereka yang berumur 4,5,6 tahun,sudah boleh menghafal 10 hadis pendek,ayat kursi,seribu dinar.Nak dibandingkan dengan saya tak pernah hafal hadis masa kecik dulu...tahu pun tidak.

Setelah habis KONVOKESYEN PASTI bahagian Rasah,selesailah tugas saya sebagai guru sementara di situ.Alahmdulillah semua berjalan lancar di depan tabir.Di belakang tabir Allah je yang tahu..Apepun memang seronok mengajar budak-budak...nyanyi sekali...main sekali..rindu dengan kerenah diorang.Konvokesyen bersama dengan 3 PASTI.Ad-Dirasah,Mumtaz dengan Raihanah.Tak sangka PASTI kami paling ramai pelajarnya berbanding yang lain.Masing-masing buat persembahan yang hebat dengan nansyid arabnya,bacaan doanya...Masya Allah.Memanglah namanya pun Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam...Apepun,budak-budak memang perlu sentiasa ditunjuk ajar bukan terus dihukum.Nak bentuk syakhsiah yang baik...kesabaranlah segalanya.Macam-macam boleh belajar...Boleh dijadikan bekalan ilmu untuk mendidik anak-anak buah...

Sesiapa nak hantar anak-anak sekolah tadika,hantarlah ke Pasti.Insya Allah ilmu dunia dan akhirat diseimbangkan.Setakat ini saje coretan pertama kali di Malaysia.Banyak lagi cerita sebenarnya,tapi dah lama plak kalu nak cerita...Doakan moga saya thabat pada jalanNya.Balik ke Malaysia perlu fikir banyak perkara...Moga Allah tunjukkan jalanNya untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

0 comments:

Post a Comment