Friday 19 February 2010

Kereta Kak Aishah eksiden...


Takziah untuk kakak saya dan keretanya.Apa yang berlaku bukan kehendak kita.Masyarakat berbangsa cina bergembira sempena Tahun Baru Cina pada 13 dan 14 hb februari 2010 hari tu.Tapi,kesedihan dan kerisauan menimpa kakak saya...Katanya tahun baru cina,ramailah bangsa cina yang balik kampung untuk MAKAN BESAR bersama keluarga.Orang melayu pun tak melepaskan peluang untuk MAKAN BESAR di kampung...macam-macam perancangan cuti raya cina ni.Biasalah cuti kerja perkara yang paling best bagi kami.hehe..termasuklah kak aishah bersama kak wati dan anak-anaknya.Malang tak berbau,sedikit ujian menimpa mereka...Ingatkan keluar ofis awal boleh sampai awal,tapi perancangan Allah s.w.t lebih berhikmah,tetap seperti minggu-minggu yang sudah sampai di rumah pukul 10.30malm.Mujur kak aini ada untuk menjemput mereka di balai polis seremban 2.
Alhamdulillah takde yang tercedera ataupun hilang nyawa...itu lebih penting.Mak fikirkan cucu-cucunya letih tak makan lagi.balik dari sekolah terus balik kampung..Tapi,jangan disangka mereka lemah,anak-anak buah saya tu memang banyak tenaganya.Aktif,melompat,berlari itulah hobi mereka.Tak reti duk diam...
Ok,macamane kereta kak aishah eksiden?
Biasalah cuti-cuti ni banyak kereta kat highway,berderet-deret macam keretapi terpanjang di dunia.


Kejadian berlaku di highway Nilai...melibatkan 4 buah kereta iaitu Kancil, Honda, Kenari dan Vios. Memang blurr lps kena tu ...Kereta di tarik terus ke bengkel Senawang.Sedih tgk keta tu kena tarik. Ha!begitulah kisahnya...setelah mereka sampai di rumah,sibuklah budak-budak tu cerita.
Apepun ada hikmah disebalik kejadian dan ujian kecil ini.Mungkin mengeratkan lagi silaturrahim antara adik-beradik atau menguji nak men'servis' kereta tu habis-habisan ke..Yang lebih utama Allah merancang untuk kebaikan hambaNya.Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment