Tuesday 2 March 2010

Salam MauliduRasul...

صلى الله على محمد و صلى الله عليه وسلم

Tanggal 12 Rabiulawal baru-baru ni merupakan hari ulangtahun kelahiran junjungan besar kita Rasulullah s.a.w.yang merupakan pemimpin agung umat Islam.Kita semua rindu dengan baginda walaupun kita tidak pernah jumpa baginda.Tapi saya tertarik untuk sama-sama mengajak sahabat-sahabat yang lain untuk mengingati baginda.
Kini,setiap badan-badan kerajaan dan sekolah-sekolah yang melibatkan diri dalam perarakan MAULID NABI di Padang Majlis Perbandaran Seremban sibuk membuat latihan selawat bagi meraikan sambutan tersebut serta sibuk meyediakan baju seragam untuk perarakan.

Adakah tugas kita berarak dan selawat dgn kuat sahaja...bergendang dan berkompang bagi mem'best'kan alunan selawat kita?Adakah itu sudah cukup membuktikan cinta kita pada Rasulullah s.a.w?Semestinya tidak.
Rasulullah sayang pada umatnya dengan menyebut "ummati,ummati,ummati..."yang memperlihatkan betapa baginda sangat menyayangi dan mengasihi umatnya.Ketika menghadapi sakaratul maut di riba Siti Aisyah.Selain itu,Rasulullah S.A.W pernah jatuh pengsan ketika dikhabarkan oleh Jibril AS bahawa akan ada dikalangan umatnya yang dicampakkan ke dalam api neraka.Begitu sekali kerisauan baginda.
Apabila kita mendengar orang kafir mempersendakan baginda adakah kita pengsan?ataupun bertindak?sensitiviti umat akhir zaman semakin kurang..
Pasti baginda sedih melihat keadaan umatnya di kala ini.Sekiranya kita berselawat,adakah kita benar-benar mengingati baginda serta beramal dengan sunnahnya?
Fikirkanlah bersama...
Jangan kita mengaku sayang,cinta,rindu tetapi dalam masa yang sama kita tidak sentiasa perbaiki amalan harian kita mengikuti ajarannya,mengikuti sunnahnya.Astaghfirullahal A'zim.Semoga Allah ampunkan dosaku...
Sebenarnya banyak sunnah baginda yang kita tinggalkan,yang kita remehkan,yang sibuk kita halangkan,yang sibuk kita 'fobia'kan..tetapi kita tidak pernah sedar dan sering lupa.

Sama-sama kita berselawat dan hayati dalam jiwa serta tanamkan terus cinta kita pada baginda.Salam Maulidur Rasul.Semoga kita tidak lupa peranan kita mempertahankan kesucian baginda di akhir zaman ini.Wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment