Friday 19 March 2010

CINTA ALLAH VS CINTA MANUSIA

pandangan ku lontarkan jauh nun di sana,
merenung kembali perjalanan hidup,
ranjau dan onak yang telah dilalui,
semua berputar sekali lagi dlm mindaku…

Ya Allah… jauhnya aku padaMU,
dalam mengejar cinta seorang bernama insan,
aku kecewakan dan abaikan Engkau,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering terleka dan lalai,
aku sering tersasar meletakkan kasih itu,
aku sering mengabaikan ‘CINTA’ ilahi Rabbi,

dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering mengabaikan kewajipanku pada Ilahi,
aku sering melakukan kesilapan dengan dosa-dosa,
kononnya ingin kenal hati budi,
tapi aku lupa Allah yang sepatutnya aku kenal dulu,
aku sering berkata ‘ala, dosa kecil jer…'
aku tidak sedar yang dosa ku anggap kecil itulah yang ‘gelapkan’ hatiku,
apabila dihimpunkan itulah yang membuatkan aku jauh dari Engkau,

dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku buta dalam menilai cinta yg tulus dan ikhlas,
aku fikir aku akan bahagia bersama dia,
apabila selalu bertanya khabar,bergurau senda,
tanpa aku ingat padahnya bila aku terus begitu,
tanpa aku peduli,redhakah Allah dengan apa yang aku buat,
aku semakin jauh denganNYA,
semakin kurang munajatKu kepadaNYA,
kadang-kadang semakin hilang takut aku padaNYA,
Astaghfirullahal A'zim...

hatiku milik siapa???
adakah hatiku milik insan yang tidak tetap hatinya?
adakah hatiku milik insan yang cintanya ada batasan?
adakah hatiku milik insan yang cintanya sementara waktu?
adakah hatiku milik insan yang bermusim kasihnya?
adakah hatiku milik insan yang rapuh hatinya pada ILAHI?
adakah hatiku milik insan yang tiada KALAM ilahi dalam hatinya?
adakah hatiku milik insan yang leka dengan duniawi?
adakah hatiku milik insan yang lupa akhiratnya?
inikah yang aku mahu letakkan hatiku padanya???….

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…
baru aku sedari yang hatiku begitu jauh dariMU,
baru aku sedari yang hatiku terlalu kotor,
baru aku sedari yang hatiku ini ceteknya keimanan,
baru aku sedari yang hatiku penuh dengan sifat nifak,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan bisikan syaitan,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan duniawi…

Ya Hayyum, Ya Qayyum, Ya Latif…

ada padaMU sifat kekal…maka kekalkanlah hatiku menuju redhaMU
ada padaMU sifat berdiri dengan sendiri… maka kuatkanlah hatiku dlm ranjau duniawi agar ku bisa berdiri dengan kekuatanMU,
ada padaMU sifat lembut… maka lembutkanlah hatiku menuju maghfirahMU…

Ya Allah, Ya Rabbi,
jauhkan aku dari membuat maksiat,
jangan Kau kelamkan hatiku dengan kegelapan dunia kini,
campakkan cahaya hidayahMU ke dalam hatiku,
moga dapat aku berikan sedikit cahaya itu buat mereka yang kegelapan,

semoga segala yang ku lakukan hanya untukMU,
hanya untuk merebut kasihMU yang Agung,
hanya untuk mencapai redhaMU,
di dunia dan akhirat….itulah matlamat hidupku dari dulu hingga sekarang.

Ameennn Ya Rabbal ‘Alamin….
dipetik daripada blog http://raudatuladnin.blogspot.com/
dan diubahsuai sedikit...

0 comments:

Post a Comment